Bas Smart Selangor, dari Hospital Shah Alam Ke Stesen KTM seksyen 19

Assalamualaikum hai selamat sejahtera semua..

Hari ni 22 julai 2026, seawal 6.45 pagi aku dah tunggu bas dia tempat tunggu bas sebelah klinik kesihatan Shah alam dekat dengan hospital Shah alam. Bas smart Selangor SA01 tiba dalam jam 6.56 pagi. Alhamdulillah tunggu tak lama sangat, cubaan pertama naik bas waktu pagi untuk tuju ke tempat kerja. Ada penumpang lain dalam bas, budak sekolah pun ada, Warga Emas. Masing2 ada Tujuan masing2, nak g kerja, nak g sekolah, nak pergi urusan rasmi. 

sekitar jam 6.55 pagi

Raya janggal jugak, dah lama tak naik bas ni, dalam 2 tahun macam tu. 

Alhamdulillah, dah sampai di stesen bas seksyen 19, pukul 7.16 pagi
jam dalam bas laju 10 minit

Dekat stesen bas seksyen 19 n8 ada tempat makan, sempat sarapan pagi atau alas perut pada yang nak makan

Jam 7.24 pagi, Bas SA03 dah jalan, ingat dia berenti, rupanya turun kan penumpang je, pastu terus Jalan. Patut la bunyi kan hon berkali-kali, rupanya untuk maklum pada penumpang, bas dah sampai., penumpang tak tahu, adoiiii la. Pertama kali naik bas dari sini ke ke tempat lain. 

Pukul 7.34 pagi, Bas SA03 sampai stesen. Tapi aku dah booking gran, so aku tunggu grab sampai, aku dapat grab rm9, dari harga rm12 turun ke rm9. 
SA03 berenti rehat sekejap Sambil tunggu penumpang2 baru, sekejap saja kot sebab parking tepi je, pintu bad pun buka. Pukul 7.37 pagi bas SA03 dah jalan, dia bunyi hon, aku terkejut. Ishhh laaaaa

Elok bas Jalan, grab aku sampai.. Alhamdulillah 
Aku rasa pemandu bas tu perasan aku kot sebab tengok muka aku macam terpinga-pinga, muka blurrr huhuuuu

dalam grab, axia

Alhamdulillah dah sampai tempat kerja. 
Selamat bekerja. 

Pukul 5.29 petang
Aku naik bas SA01, bergerak dari KTM seksyen 19.
6.00 petang
Sampai hentian bas sebelah klinik Shah alam dekat hospital Shah alam. Bas akan pusing depan jakel, kawasan perumahan di situ. Tekan loceng sebelum turun

Ulasan