NYAMUK pun ada cerita

Aku tido dalam kelambu, kipas terpasang kat luar kelambu, lampu pun pasang jugak. Bila dok dalam kelambu boleh nampak banyaknya nyamuk yang kelaparan dok menempek kat luar kelambu tak sabar-sabar nak hisap darah orang. Nampak nyamuk tu resah gelisah ja sebab dok hidu dari jauh tak leh masuk dalam kelambu. Rasanya kalau ZOOM nyamuk tu mesti boleh nampak air liur dia menitik-nitik tup tup.. meleleh... kaki belakang dok gesek-gesek tak sabar-sabar nak hinggap kat pot baik untuk hisap darah. Kaki depan dok asah mulut panjang tu bagi betul-betul tajam, kira sekali inject je dah kenyang.
Ada jugak nyamuk yang berjalan atas permukaan kelambu sambil-sambil cari lubang nak masuk, nyamuk yang berjalan macam ketam pun ada. tersenget-senget berjalan, ada jugak nyamuk yang jalan turun bawah macam undo. Nyamuk yang berdating pun ada, lepak celah-celah kelambu, depan kipas pun ada nyamuk dating. Lagi kelakar tengok nyamuk yang marah, terbang ambik lajak dari jauh pastu terbang laju terus hentam kelambu konon lepas la kot, sori ek tak lepas, nyamuk tu yang melekat kat kelambu. Esok pagi selamat la nyamuk tu kena penampo. Melekat kat kelambu dah tak leh terbang tunggu ajal je la. Nyamuk yang putus asa pun ada jugak, mungkin letih dok cari jalan nak masuk dalam kelambu tak boleh nyamuk tu terbang gi menangis kat dinding (ni bukan cerita ibu mertuaku). Silap hinggap jadi makanan cicak pulak kat dinding tu. Cicak pun meriah dok melepak kat dinding tu macam teksi dok tunggu pelanggan. Cerita pasal cicak, ada lawak jugak. Malam semalam kebetulan mata ni dok tengok gelagat cicak kat dinding tu sebelum mata terlelap. Ternampak sekor cicak besar tengah kejar xsekor cicak kecik, anak cicak la tu tapi tak pasti anak cicak mana yang cicak tu kejar, anak dia sendiri kot (lantak cicak tu la). Laju betul cicak-cicak ni berkejaran kat dinding tu. Tengah asyik lari cicak kecik tadi berenti kejap, cicak besar pun berenti jugak. Berehat sat kot, lima minit gitu cicak-cicak ni lari semula. Lari punya merayap kat dinding tu zup masuk kat celah almari. Tak lama lepas tu cicak kecik tadi keluar pelan-pelan sampai kat tengah dinding cicak tadi berenti. Cicak besar tadi ntah dok mana mungkin kena belasah dengan cicak kecik tadi kot masa kat celah almari tu, kelakar jugak tengok aktiviti binatang2 kecik kat rumah ni.
kita bukan selalu dapat peluang perhati gelagat2 makhluk kecik ni, sambil2 nak lena muka pun dah menghadap siling ada peluang tengok je la.. pengalaman tu..

Ulasan