Cara Daftar Dan Isi SPPIM Untuk Memohon Kebenaran Nikah
untuk maklumat penuh sila klik di sini
Cara Daftar Dan Isi SPPIM Untuk Memohon Kebenaran Nikah
Apa Yang Ada Dalam SPPIM?
Dalam SPPIM terdapat beberapa modul penting untuk kegunaan orang awam seperti:
- Memohon kebenaran nikah (Benar Nikah Online)
- Pendaftaran kursus kahwin (Pra-Perkahwinan Online)
- Pernikahan luar negara (NCR Luar Negara)
- Rundingcara online
- Senarai PAID (Pejabat Agama Islam Daerah)
- Panduan perkahwinan
Panduan Penting SPPIM
1.Anda perlu menggunakan SPPIM sekiranya anda adalah pemohon (pasangan atau salah seorang) yang akan menghantar borang serta dokumen permohonan nikah di PAID atau pejabat Jabatan Agama Islam di 8 negeri tadi (W.Persekutuan, Perak, Kedah, Perlis, N.Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor yang bermula 1 Julai 2021).
2. Anda boleh daftar dan mengisi borang permohonan nikah dalam SPPIM seawal-awalnya 90 hari dari tarikh cadangan akad nikah.
3. Sekiranya anda dan pasangan sama-sama datang dari negeri-negeri yang menggunakan SPPIM, hanya salah seorang sahaja yang daftar dan isi maklumat dalam SPPIM.
4. Menurut JAKIM, update atau kemaskini dalam SPPIM hanya boleh dibuat selagi pemohonan lelaki belum diproses oleh PAID.
5. Bagi pasangan atau bakal pengantin yang datang dari bukan negeri-negeri yang menggunakan SPPIM tetapi mereka nak buat akad nikah di negeri-negeri yang menggunakan SPPIM, mereka perlu daftar dan isi SPPIM untuk memohon kebenaran buat akad nikah di negeri SPPIM.
6. Bagi anda tinggal di sempadan negeri dan keliru anda berada di negeri mana, anda boleh rujuk bill cukai taksiran rumah tempat anda tinggal (menetap) untuk menentukan anda berada di bawah pentadbiran daerah atau negeri mana.
7. Menurut JAKIM juga, maklumat test HIV tidak perlu diisi terlebih dahulu kerana Borang Pemakluman Ujian Saringan HIV hanya boleh dicetak selepas permohonan online selesai diisi.
Hasil test HIV – yang valid selama 6 bulan – boleh dikemaskini selepas anda lakukan test HIV.
8. Paling penting – anda simpan Nombor Rujukan BNO dan e-mail selepas anda lakukan permohonan. Ini bagi tujuan update atau rujukan selepas itu.
Cara Daftar Dan Isi Borang Permohonan Dalam SPPIM
Berikut adalah panduan cara daftar dan menggunakan Sistem Perngurusan Perkahwinan Islam ini untuk memohon kebenaran nikah yang telah disediakan oleh JAKIM untuk memudahkan anda.
Cara mendaftar dan mengisi SPPIM tidaklah rumit bagi pasangan atau bakal pengantin.
Di dalamnya sudah terdapat borang-borang seperti borang nikah, SPPIM borang nikah lelaki, test HIV, borang pemastautin, borang tandatangan atau wakalah wali serta senarai dokumen sokongan yang anda perlu sediakan.
Yang penting adalah anda mesti pastikan terlebih dahulu di PAID atau Jabatan Agama Islam negeri mana yang anda hendak hantar borang permohonan anda.
Apabila PAID atau Jabatan Agama Islam negeri mana sudah dipastikan, barulah anda tahu sistem permohonan online kebenaran nikah mana yang anda perlu daftar dan isi.
Sekiranya anda belum tahu sistem-sistem permohonan online apakah yang digunakan oleh setiap negeri, anda boleh rujuk sistem-sistem permohonan online setiap negeri di link ini, Sistem Permohonan Online Untuk Borang Nikah Yang Digunakan Oleh Jabatan Agama Islam Negeri Untuk Kebenaran Nikah.
Dan sekiranya anda belum tahu atau kurang pasti tentang timeline yang perlu diikuti oleh pasangan atau bakal pengantin untuk memohon kebenaran nikah, anda boleh lihat timeline tersebut di link ini, Timeline Prosedur Perkahwinan Yang Memudahkan Proses Memohon Kebenaran Nikah Anda Dan Pasangan.
salam, nak tanya, sy asal kelantan, tp bermaustautin di penang yg mana mggunakan sistem munakahat, tp pasangan sy dari perak dan mggunakan sistem sppim, ada sy masih perlu isi munakahat, dan psangan sy kena isi sppim, atau blh trus isi sppim..tmpt akad nikah di perak.
BalasPadam