Hari Malaysia & Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Laluan Utama Ke Dewan Komuniti Kampung

Khemah Jamuan
Semangat Patriotik








Assalamualaikum...
Terima Kasih kerana sudi meninjau BLOG saya.
Kita amat bertuah pada tahun ini kerana dapat meraikan 2 perayaan secara serentak iaitu sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 dan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Memandangkan cuti perayaan pada tahun ini agak panjang, dikesempatan itu pihak JKKK kampung mengambil kesempatan dengan mengadakan jamuan rumah terbuka bagi meraikan kedua-dua perayaan tersebut. Aktiviti seperti ini sering kali diadakan oleh JKK kampung terutamanya pada bulan Syawal. Jamuan seperti ini diadakan khas untuk meraikan kepulangan warga kota dan sanak-saudara serta anak-anak ke kampung halaman sempena cuti perayaan. Ini adalah untuk merapatkan lagi jalinan ukhwah sesama warga kampung selain hubungan antara sanak saudara sekaligus merapatkan hubungan silaturahim antara warga tua dan warga muda. Sempena meraikan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, pihak JKKK telah menjemput tetami terhormat iaitu ADUN Dato' Mahadhir Khalid. Kedatangn beliau disambut dengan meriah. Semua warga dan tetamu yang hadir masing-masing mengenakan baju raya dan pakaian yang sopan sempena majlis yang diadakan. Sepanjang majlis ini berlangsung, para tetamu terhormat dan warga kampung dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan anak tempatan. Kumpulan ini mengalunkan beberapa buah lagu bertemakan hari kemerdekaan dan juga lagu hari raya. Para tetamu dihidangkan dengan makanan seperti bakso, bihun goreng manakala minuman pula para tetamu boleh memilih sama ada mahu minuman panas atau sejuk seperti teh, sirap. Turut disediakan pencuci mulut bagi sesiapa yang gemar buah-buahan. Sepanjang majlis berlangsung, tiada kecelakaan berlaku dan majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang, cuma perkara biasa yang sering berlaku di mana-mana majlis iaitu kerusi meja tidak mencukupi terpaksalah beberapa tetamu makan secara berdiri atau bertenggek di mana-mana kawasan yang agak selesa untuk menjamu selera masing-masing. Walaubagaimana pun, warga tua di utamakan dalam segala aspek. Di akhir majlis tersebut, para kanak-kanak berbaris panjang bagi mendapatkan duit raya dari tetamu terhormat dan dari pihak JKKK sendiri. Walau pun masing-masing penat menguruskan tugas yang diagih-agihkan pada awal majlis namun keceriaan jelas terpancar di wajah warga kampung dengan kelangsungan majlis tersebut. Sekian dahulu sedikit coretan buat tatapan bagi sesiapa yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Ulasan

  1. oh ye ke that time jan dah blk ? idak ler perasan ..ahaks! i ader, become photography lagi der ..ko hado jan? uhuks! ~lalalaaa...

    BalasPadam
  2. org soh komen bukan soh kutuk mamat tuh.. tapi betul gak, ko ade jan? hik hik..

    BalasPadam

Catat Ulasan