Bangun Tido
Mungkin Husband aku baca diari aku kot, so breakfast pagi tadi dia yang sediakan dan dia kata tiap kali dia bangun awal aku kena tulis dalam diari. Tersentap jugak la aku pagi tadi, adus nape dia rajin sangat belek diari aku, coretan isi hati aku, rahsia tuuu tempat aku luahkan perasaan dan lepaskan geram yang terpendam dalam hati. Setiap rasa yang aku rasa akan ku tulis dalam diari tersebut tak kira la manis atau pahit, semua akan ku pahat kan sebagai coretan hati.. ada jugak la perkataan yang agak kasar aku tulis dalam diari tu, nama pun tempat untuk lepas geram so aku tulis la apa yang aku rasa.. Tak pe la sekurang-kurangnya dia tahu apa yang aku alami pada waktu dan ketika aku sedang tulis diari tu he he heee....
Bangun Tidur - 24jam Bersama Rasulullah SAW
بسم الله الرحمن الرحيم
BANGUN TIDUR
1. MENYAPU KESAN TIDUR DARI WAJAH DGN TANGAN
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar menyatakan perlakuan ini digalakkan berdasarkan :
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur, dia akan bangun dan menyapu kesan tidur dari mukanya dgn tangannya. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 183.
2. MEMBACA DOA BANGUN TIDUR
Segala puji bagi Allah yg menghidupkan kita selepas mati(tidur) dan kepadaNya dihidupkan semula. Al-Bukhari, Kitab Doa, Hadis 6312.
Doa Bangun Dari Tidur
3. MENGGUNAKAN SIWAK
Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidur daripada malam(tidur), baginda akan memebersihkan mulutnya dgn siwak. Al-Bukhari, Kitab Wuduk, Hadis 245. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 255.
4. MENYEDUT AIR MASUK KE DALAM HIDUNG
Apabila seseorang dikalangan kamu bangun dari tidur, kemudian hendaklah menyedut air kedalam hidung sebanyak 3 kali. Sesungguhnya syaitan bermalam dalam bahagian dalam hidungnya. Al-Bukhari, Kitab Permulaan Ciptaan, Hadis 3295. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 245.
5. BASUH KEDUA-DUA TANGAN SEBANYAK 3 KALI
Apabila seseorang bangunkan kamu dari tidur, jgnlah masukkan tangan kedalam perkakas sehingga dia membasuh tangannya sebanyak 3 kali. Muslim, Kitab Bersuci, Hadis 278.
Sumber : Kumpulan doa, Zikir dan Amalan Seharian Nabi Muhammad SAW. Judul asal, Akhtar Min Alf Sunnah Fi Al-Yaum Wa Al-Laylah, - Syeikh Khalid Al-Husaynaan
Walahualam
sekadar renungan bersama..
Ulasan
Catat Ulasan