CrOcHeT & KaIt MeNgAiT

Salam semua..
Projek trebaru untuk suku tahun 2013 adalah CROCHET atau KAIT MENGAIT..
Keinginan yang melampau dalam mempelajari kaedah dan cara-cara mengait menguatkan rasa dihati untuk mempelajari dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya diri ini langsung tiada ilmu pengetahuan dalam hal-hal berkaitan CROCHET atau KAIT MENGAIT.
Zaman yang serba moden dan canggih ini tiada alasan untuk kita sebagai insan untuk tidak berusaha dalam mencari ilmu pengetahuan. Dunia tanpa sempadan memudahkan kita mencari ilmu dan menimba ilmu pengetahuan tanpa mengira waktu dan tempat..
Hehe panjang giler mukadimah..

Keinginan yang melampau dalam diri untuk belajar dan menghasilkan sesuatu dari kaedah CROCHET atau KAIT MENGAIT akhirnya membuahkan hasil apabila aku berjaya menghasilkan sarung telefon. Walaupun rupanya tidak begitu menarik namun atas usaha yang aku lakukan akhirnya siap juga dalam masa 1 hari, hehee.. Usaha tangga kejayaan..
Benang kait yang berbaki milik kakakku berjaya juga aku praktiskan hasil kerja tangan ku walaupun ada yang rosak dan tak menjadi seperti yang aku harapkan. Dalam mempelajari sesuatu, tidak semua hasil yang bakal kita perolehi akan menjadi seperti yang kita ingini. Hampir seminggu aku berusaha mempelahari teknik dan cara mengait dari yutube dan nota yang aku upload dari internet akhirnya aku berjaya juga mendapat 1 ilmu cara mengait selain dari membuat tali air. Malangnya nota atau contoh yang ada masih aku tak faham dengan sesungguhnya seperti simbol-simbol yang digunakan untuk menghasilkan corak-corak yang menawan. Aku cuma tahu 1 cara mengait sahaja, itu sudah memadai bagi aku yang baru menjengah dalam bidang CROCHET ni.. alhamdulillah, syukur...

Untuk masa mendatang aku mesti memiliki buku CROCHET atau KAIT MENGAIT untuk memudahkan aku mempelajari dengan lebih lanjyt lagi. Buat masa sekarang aku masih lagi pening dan tidak tahu untuk memahami bagaimana untuk membuat bunga-bunga atau corak-corak yang sering dibuat oleh pengait profesional lain.

mesti beli


sarung telur - ikut hati nak bagi kawan tapi tak reti nak buat so simpan dulu la keinginan tu.. 

Tangan baru nak biasa dengan jarum dan benang kait so hasil yang dapat tak seperti yang diharapkan lah. Walaubagaimanapun i tetap berusaha belajar dai youtube untuk mempelajari dan fahami teknik dan cara mengait dengan betul. Banyak simbol-simbol yang saya langsung tak pernah tengok sebelum ni dan tak tahu pun wujudnya simbol-simbol macam tu, namun setelah agak lama masa diambil untuk memahami setiap simbol akhirnya dapat jugak la saya faham basic je. Alhamdulillah reti la jugak saya baca dan hasilkan rekaan seperti yang saya tiru dalam carian google saya..






Ulasan

  1. Harap ada lagi keluaran buku ini di kedai buku semua.terutama di popular.satusatunya kedai terdekat.(popular selayang mall).langsung xde buku pasal kait.hampa

    BalasPadam

Catat Ulasan