Hobi Baru Crochet
Assalamualaikum..
Terima kasih sebab sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni.
Kali ni saya ingin berkongsi cerita mengenai bagaimana saya amat meminati kerja tangan kait mengait nie atau pun sesetengah orang panggil crochet.
Sebenarnya dah lama saya teringin nak belajar tapi saya tak tahu macam mana nak belajar dan dengan siapa saya patut belajar. Saya cuma tahu buat basic saja iaitu tali air atau pun chain. Oleh kerana minat dan semangat berkobar-kobar waktu itu saya tengok gambar-gambar kat google semua cantik-cantik dan berangan-angan ingin menghasilkan corak atau pattern sama seperti yang saya tengok. Malangnya saya cuma tahu buat tali air sahaja. Em macam mana saya nak belajar kait mengait ni? Saya jengah kat kedai buku kawasan saya ni tapi takde, nak keluar pergi bandar rasa tak berbaloi pulak sebab nak beli buku 1 tu aje. Nak keluar sorang-sorang takut, teman rapat semua sibuk dan dok jauh-jauh.
Kesimpulannya saya terpaksa la cari alternatif lain untuk belajar cara yang betul pasal kait mengait ni. Jadi bila saya online pasal crochet ni, saya tengok banyak simbol-simbol yang saya tak penah tengok dan tak penah jumpa pun sebelum ni, em lagi la pening. Jadi saya belajar slow-slow dari youtube. Dari situ saya belajar baca dan faham simbol-simbol crochet pulak.
Mula-mula mesti la kena online dan belajar yang beginner dulu, dari situ saya dapat hasilkan 1 corak yang simple. Bagi saya yang baru belajar ni mesti la puas hati tapi pelik jugak sebab saiz dia tak sampai pun besar tapak tangan. Pening lagi, lepas tu baru saya perasan rupanya simbol-simbol tu berulang-ulang baru la dapat hasilkan hasil yang besar.
Simbol-simbol crochet ni pelik-pelik dan saya tiada masa sangat nak belajar yang susah-susah. Belajar simbol-simbol yang senang dulu cuba aplikasikan dan bila dah puas hati dengan hasil dan pergerakan jari jemari nanti baru la boleh belajar dan faham dengan simbol-simbol yang mencabar sikit.
Hook atau jarum kait yang betul saiz pun penting jugak sebab kalau saiz benang dan hook tak sepadan, benang yang kita guna akan cepat rosak dan berbulu. Pemilihan benang yang kita nak guna pun sama penting jugak sebab kita nak hasilkan kerja tangan yang licin dan cantik jadi sebelum nak belajar dengan bersungguh-sungguh cari maklumat dulu tentang apa yang kita nak hasilkan supaya tak sia-sia.
Sekian dulu buat masa waktu dan ketika ini..
Selamat mencari ilham..
my first projek
| beberapa ketul benang yang berlainan warna |
| buat bentuk seperti yang anda suka |
| hasil yang dah siap buat sebanyak yang anda inginkan |
| cantumkan menjadi segi empat besar |
![]() |
| hasilnya.. (ni contoh je heeee...) tada....... |
Point lace
Berminat pulak nak buat point lace, nampak cantik dan boleh buat ikut cita rasa kita dan bentuk yang kita nak, besar ke kecik ke bergantung pada kemampuan kita. Tercari-cari jugak sebelum ni tapi tak tahu nama cuma imaging je dalam otak kalau la aku boleh buat macam tu macam ni, seronok rasa. Sedang asyik google terkeluar point lace romania, lagi la tergedik-gedik jari jemari ni nak kait mengait. Cari jarum kait pulak tak jumpa, mana simpan entah. Pindah rumah tempoh hari ada lagi barang-barang dalam stor yang tak usik. ila dah usik kena clear kan, tengah sarat ni tak larat nak jalan banyak.
Projek dalam kepala otak ni macam-macam, ligat je pusing cari idea dan nak macam tu macam ni tapi kena hole dulu sebab tak larat.

Ulasan
Catat Ulasan