Kotak Tisu Kait
![]() | ||
yang ni belum siap sepenuhnya lagi
siap ada renda bawah dan letak bunga warna pink |
Ada lagi tempahan yang kena buat, ada nak warna warni, ada nak 1 warna ja. Saya buat ikut kehendak pelanggan saya. Pelanggan puas hati, saya lagi puas hati, huhuuu....
Bukan perempuan saja yang minat nak tempah kotak tisu ni, lelaki pun ada jugak tau. Tempah untuk letak dalam kereta dia, warna pink gitu background hitam untuk menyerlahkan lagi roses tersebut.
![]() |
| KOTAK TISU HITAM |
Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan saya sebab sudi tempah, bertambah rezeki saya, alhamdulillah amin. Ada yang berminat nak jugak pun boleh saya buatkan..
kotak tisu hijau pink
ni customer punya, dah siap hantar pada tuannya.
nak buat kelainan sebab saya mix benang 3 kaler, test keupayaan diri untuk cuba benda baru.
meriah sakan...
kotak tisu pink belacan dan kelabu
customer request nak bunga warna warni, itu la hasilnya.. done..
pic xclear sangat tak nampak bahagian badan kotak tisu, bole la camtu pun..
semua kotak tisu tu adalah antara kotak tisu yang pelanggan tempah, buat khas seperti yang diminta pelanggan ikut cita rasa dan warna kegemaran diorang..
Ada gambar yang saya tak sempat saya upload, sebab pelanggan nak cepat..
Terima kasih sebab sudi singgah..







Ulasan
Catat Ulasan