Buku Sulaman Manik

Salam semua...

Hening pagi hujan renyai-renyai di bulan ramadhan ni. Alhamdulillah lagi 9 hari je lagi kita bakal menyambut bulan syawal yang mulia, terasa sikit sangat amalan di bulan ramadhan, rindu ramadhan.. Walaubagaimana pun syukur alhamdulillah kerana masih sihat lagi diri ini untuk menyambut ramadhan dan syawal..

dalam menunaikan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH, kita manusia harus berusaha untuk menjalani liku-liku kehidupan bagi melengkapkan diri dengan kemodenan dunia. (ntah ape2 Che Dah ni celoteh pagi2 ni)..
Ramadhan pergi berganti Syawal, Syawal menjelang pasti semua mahu serba baru. Che Dah ada la buat preparation sikit2, ala kadar la ikut kemampuan diri dalam dunia mencabar ni. Keinginan yang menebal dan ada la lebihan sikit rezeki Che Dah, dapat la Che Dah menambah koleksi buku kegemaran Che Dah iaitu Buku Sulaman Manik Timbul Dan Sulaman Manik.

Keinginan melonjak2 untuk pegang dan memiliki buku2 ni jadi Che Dah sedaya upaya mencari jalan macam mana nak beli. Ajak suami pergi kedai buku tapi suami selalu cakap 'tak kan semata-mata keluar nak cari buku ja, benda lain tak de dah ke'. jawapan yang agak kecewa, kesian Che Dah.. Tak pe la dah suami tak nak keluar Che Dah tak boleh paksa2 dia, mungkin dia sibuk kot dengan kerja dia, tak kesah la yang penting jangan kusut kan kepala dengan hal remeh temeh nih..

Satu hari Che Dah google laman web karangkraf.com saja je la nak menggatal tangan ni nak tengok2 kot2 ada yang berkenan dan padan dengan harga. Che Dah pun beli la kebetulan ada sale pulak.. Alhamdulillah rezeki Che Dah..

seronok sangat bila buku sampai kat tangan, belek punya belek naik pening kepala tengok. Anak pun bukan main lagi pulun baca padahal baru 4 tahun huruf pun tak kenal lagi, cantik katanya bunga2 manik.

Alangkah bahagia dan seronok kalau dapat buat patten sebijik macam dalam buku tu. Bila la agaknya nak siap kalau aku buat, Sikit2 lama2 siap la tu la yang aku pegang, untuk baju sendiri je aku selalu buat trial tu pun lambat nak siap sepenuhnya. Manik timbul ni tak pernak lagi la ku try, bersemangat nak try tapi bila nak mula projek ni, dah nak raya pun. Siapkan tempahan orang dulu baru bole cuba2 untuk pattern yang baru.

Sampai sini dulu celoteh Che Dah, selamat bekerja pada yang bekerja, selamat online pada yang tak de kerja, jangan lupa tengok anak2 sambil online ye pada ibu2 muda zaman sekarang. bye bye byeeee....

Ulasan