Telefon Oh Telefon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Al kisah tersebutlah kisah, ni bukan cerita dongeng tapi kenyataan..
Zaman serba moden dan canggih ni mustahil kalau tidak wujud telefon dalam genggaman tangan manusia kini. Setiap seorang mungkin mempunyai lebih dari satu gadjet. Sama ada canggih untuk bersosial, bekerja atau untuk kegunaan sendiri. Tapi malangnya bagi aku yang muda belia ni tidak mempunyai telefon. Tidak kisah la telefon pintar atau tidak pintar. Kecanggihan teknologi zaman sekarang ni bukan senang nak kawal tambahan pulak ada segelintir manusia yang amat taksub dengan gadjet ni. Facebook, wassap, twitter, instagram dan macam-macam lagi benda-benda alah yang wujud, ada manusia yang sanggup ketepi nilai-nilai kekeluargaan hanya kerana keinginan untuk memodenkan diri dengan memuja benda yang tak sepatutnya.
Gadjet seperti telefon pintar atau tidak pintar amat penting pada zaman sekarang. Alat ini digunakan untuk berhubung sesama rakan sebaya, jiran-jiran dan rakan sekerja. Alat komunikasi ini penting digunakan sebagai perantara yang positif seperti memaklumkan kepada rakan sekerja sekiranya kita ada hal-hal kecemasan dan tidak dapat hadir ke tempat kerja. Memaklumkan berita-berita gembira dan bertukar-tukar cerita sesama rakan sebaya. Mengeratkan hubungan antara jiran tetangga, memaklumkan info-info yang berfaedah sebagai anak kariah kawasan.

Ulasan
Catat Ulasan