Solat Jamak Dan Qasar
Solat Jamak Dan Qasar
Solat Jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir dengan cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, dan boleh dilakukan sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat Jamak Terbahagi Kepada 2 Iaitu :-
- Jamak Ta’khir
- Ia dilakukan dalam solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’
- Jamak Taqdim
- Ia dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isyak’ pada waktu Maghrib
Solat Qasar ialah memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Ia adalah kemudahan dan keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka yang berada dalam musafir yang diharuskan oleh syarak. Solat yang boleh diqasarkan ialah solat empat rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan Isyak.
Syarat Yang Dibenarkan Untuk Solat Jamak Dan Qasar
- Musafir yang tiada niat untuk bermaksiat
- Perjalanan melebihi 91 km atau 2 marhalah
- Mengetahui destinasi dituju dan berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
Fadhilat Dalam Melakukan Solat Jamak Dan Qasar adalah supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun. Disamping dapat meringan serta memudahkan kita untuk menunaikan solat dalam perjalanan jauh.
Cara Untuk Menunaikan Solat Jamak Taqdim Dan Jamak Ta’khir
- Jamak Taqdim Wajib melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’).Dan selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
- Jamak Ta’khir Wajib melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’)kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib) Dan Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
Contoh lafaz niat Solat Jamak Taqdim Dan Ta’khir

Ulasan
Catat Ulasan