Sakom Beach, Thailand

Salam, berbesar hati dapat melawat ke luar negara, negara jiran terdekat iaitu Thailand..
Dalam keadaan ekonomi sekarang, alhamdulillah dapat jugak bersuka ria sambil menikmati pemandangan ciptaan ilahi yang cukup sempurna dan indah..

Tempat dia pun senang je nak cari, guna waze atau google map pun dah boleh sampai, jangan baca sign board pulak, sebab x paham haha, tulis thailand memang la tak paham.

Resort sangat cantik, kawasan sekitar pun bersih, nampak selamat, ada surau kat resort tu.
Kami dapat bilik macam rumah teres, kereta parking depan pintu rumah, so senang la nak punggah barang almaklum la, anak ramai, huhu

Pantai memang cantik, bersih, ada tempat untuk bbq, tempat lepak ramai2, memang best.


Baju tema
Untuk untuk Unit kebajikan HKN
Meriah sangat sebab semua peserta pakai T-shirt yang sama yang telah dibekalkan pada awalnya.
senang nak intai2 kalau pakai baju sama ni, mana la tahu takut sesat ke apa.
Kami berkonvoi menaiki kereta masing2


Sempadan Durian Burung

Kami cop border kat sini, Kastam Durian Burung, 15 minit je dari rumah Che Da
Tempat baru mesti la lawa

Anak Jantan Che da, waktu ni tiba2 badan dia panas, so tak melompat sangat la, baik je

gambar lain tak jumpa dah mana duduk 
biar la, nanti ada Che Da masuk lagi, sebagai kenangan
Simpan kat sini dulu


Ulasan