Soalan Peperiksaan KPSL N27

SULIT

3001C

LEMBAGA PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 TAHUN 2011

BAHAGIAN III

UNDANG-UNDANG UMUM


Soalan 1(a).

Omar telah didapati bersalah dan dihukum lima tahun perkara. Semasa di penjara, beliau telah diarahkan untuk membuat pelbagai jenis perabot untuk dijual oleh pihak penjara. Beliau tidak berpuas hati kerana telah dipaksa membuat perabot tanpa sebarang upah.

Adakah pihak penjara boleh memaksa Omar melakukan kerja-kerja membuat perabot tersebut ? Nyatakan alasan anda berdasarkan kepada peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

(5 markah)

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN II - KEBEBASAN ASASI




Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.

(1) Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.

(2) Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.

(3) Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam.

(4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada fungsi mana-mana pihak berkuasa awam dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam yang lain, bagi maksud membolehkan fungsi-fungsi itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut adalah terikat untuk berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut, dan perkhidmatan mereka dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut itu tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dan tiada seorang pun pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada daripada pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut atau kedua disebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya.

________________________________________

CATATAN:

Per. 6(3):

Fasal yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta A1130, seksyen 2, berkuat kuasa dari 28-9-2001, dan menggantikan Fasal dahulu yang berbunyi seperti yang berikut:

"(3) Kerja yang bersampingan dengan penjalanan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini."

Per. 6(4):

Ditambahkan oleh Akta A354, seksyen 5, berkuat kuasa dari 27-8-1976.


Ulasan