Narsisistik

Menurut Kamus Bahasa Melayu


[nar.si.sis.tik] | نرسيسيستيک

Definisi : (Psi) cenderung memuja atau me­nga­gumi diri sendiri dgn berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Narsisisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arahPergi ke carian
Narciso (1594-1596), karya Michelangelo Merisi da Caravaggio.

Narsisisme (Bahasa InggerisnarcissismBahasa Belandanarcisme) adalah perasaan cinta sehingga taksub terhadap diri sendiri yang berlebihan. Orang yang mengalami gejala ini disebut bersifat "narsisis" (narcissist).

Istilah ini pertama kali digunakan dalam psikologi oleh Sigmund Freud merujuk kepada Narkissos, seorang watak dalam mitologi Yunani yang dikisahkan terlalu taksub penampilan dirinya sehingga diumpan mencintai bayangannya sendiri di kolam; ketaksuban diri memakan dirinya sehingga mati lalu mayatya bercambah sekuntum bunga.[1]


Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Sifat narsisisme sudah lazim ada dalam setiap orang manusia sejak lahir,[2] bahkan Andrew Morrison berpendapat bahswa dimilikinya sifat narsisisme dalam jumlah yang cukup akan membuat seseorang memiliki persepsi yang seimbang antara keperluan dalam hubungannya dengan orang lain.[3] Narsisisme memiliki sebuah peranan yang sihat dalam erti membiasakan seseorang untuk berhenti bergantung pada standard dan prestasi orang lain untuk membuat dirinya bahagia.[4]

Meskipun begitu, apabila sifat perasaan ini berlebihan melepasi tahap yang dibenarkan, perasaan ini dapat menjadi suatu kelainan keperibadian yang bersifat patologi. Kelainan keperibadian atau disebut juga sebagai penyimpangan keperibadian merupakan istilah umum bagi sejenis penyakit mental seseorang, yakni apabila cara memahami situasi dan kemampuan berhubungan dengan orang lain tidak lagi berfungsi secara normal. Keadaan ini itu membuat seseorang memiliki sifat yang menyebabkan diri merasa atau berperilaku dengan cara-cara yang menyedihkan, membatasi kemampuannya agar dapat berperanan dalam suatu hubungan.

Seseorang yang narsistik biasanya terlihat memiliki rasa percaya diri yang sangat kuat, tetapi apabila narsisme yang dimilikinya sudah mengarah pada kelainan yang bersifat patologi, maka rasa percaya diri yang kuat tersebut dapat digolongkan sebagai bentuk rasa percaya diri yang tidak sihat kerana hanya memandang dirinya sebagai yang paling hebat dari orang lain tanpa mampu menghargai orang lain.[5] Selain itu, seseorang dengan sifat narsis yang berlebihan memiliki kecenderungan untuk meninggikan dirinya di hadapan orang lain, menjaga harga dirinya dengan merendahkan orang lain saat orang lain memiliki kemampuan atau hal yang lebih baik darinya, bahkan tidak segan untuk mengasingkan orang lain untuk memperoleh kemenangan.[1]

Beberapa teori yang berlaku saat ini menyatakan bahwa penyebab sifat narsis dipengaruhi beberapa hal seperti faktor biologi, genetik, dan sosial serta juga keadaan psikologi dihadapi seseorang.[6]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Panjat ke:a b Ann M. King, Sheri L. Johnson, Gerald C. Davison, John M. Neale . 2010 . Abnormal Psychology, 11th Edition . John Wiley & Sons, Inc. ISBN 978-0-470-43314-0
  2. ^ Freud, Sigmund (1914). On Narcissism: An Introduction.
  3. ^ Morrison, Andrew (1997). Shame: The Underside of Narcissism. The Analytic Press. ISBN 0-88163-280-5.
  4. ^ http://lexdepraxis.wordpress.com/2009/09/18/narsis-itu-sehat/
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-17. Dicapai pada 2019-09-17.
  6. ^ http://psychcentral.com/disorders/narcissistic-personality-disorder-symptoms/



Petikan dari MStar Online 9 Mei 2020

Adakah anda narsisisme? Jom semak punca dan ciri-ciri golongan celaru personaliti ini


ISU kesihatan mental seperti kebimbangan serta kemurungan, yang lazimnya berpunca daripada tekanan yang melampau semakin mengancam bukan sahaja individu di negara maju, malahan juga di negara sedang membangun seperti Malaysia.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati bahawa seorang daripada tiga orang rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas terdedah kepada isu serta permasalahan berkaitan kesihatan mental.

Ini berlaku kerana perkembangan arus pembangunan yang pesat meningkatkan lagi tekanan kehidupan dalam aspek ekonomi, sosial, dan kemasyarakatan.

Selain isu serta permasalahan kesihatan mental yang lazim diperkatakan ini, isu kewujudan personaliti narsisisme merupakan permasalahan baharu yang dilihat semakin berleluasa dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Faktor perkembangan teknologi

Menurut Pensyarah Kanan (Bimbingan Kaunseling/ Psikologi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Abu Yazid Abu Bakar, perkembangan pesat teknologi dan ledakan era media sosial semasa dilihat sebagai pemangkin kepada berkembangnya kecelaruan personaliti ini dalam kalangan masyarakat tempatan di segenap lapisan dan peringkat umur.

Apa yang membimbangkan ialah isu kesihatan mental ini tidak dianggap sebagai masalah kerana ia sering berlaku dalam keadaan luar sedar ahli-ahli sesebuah komuniti, namun, impak kepada peningkatan jumlah individu narsisistik dalam masyarakat boleh memusnahkan nilai dan jati diri komuniti dalam jangka masa panjang.

Kisah mitos Greek

Narsisisme berakar umbi daripada cerita mitos Greek tentang seorang pemuda bernama Narcissus yang jatuh cinta kepada imej dirinya sendiri yang terbayang di atas kolam sehingga menghabiskan sebahagian besar masa hariannya di tepi kolam tersebut, dan akhirnya berubah menjadi sekuntum bunga di kolam yang sama. (dinamakan sempena nama beliau).

Berdasarkan cerita mitos ini, persepakatan dalam kalangan ahli psikologi mentakrifkan kecelaruan personaliti narsisisme sebagai kecenderungan seseorang individu untuk menilai diri sendiri secara berlebihan, yang mana individu narsisistik dianalogikan sebagai seorang yang taksub atau terlalu mengagumi diri sendiri tanpa sebarang penjelasan yang rasional ataupun logik.

Ciri-ciri

Antara ciri utama seseorang individu yang berhadapan dengan masalah ini adalah rasa kepentingan diri sendiri yang melampau, keperluan untuk menerima perhatian dan disayangi yang keterlaluan, serta ketiadaan perasaan empati kepada orang lain yang ditunjukkan menerusi tingkah laku memperkecil dan mempersenda orang lain secara berlebih-lebihan.

Lazimnya, individu narsisistik akan berasa kecewa apabila tidak diberi layanan yang dirasakan layak untuknya menyebabkan dia berhadapan dengan pelbagai masalah dalam perhubungan peribadi atau profesional.

Dalam erti kata lain, konsep kendiri keterlaluan ini sering menimbulkan permasalahan budaya dan sosial sehinggakan ia dikategorikan sebagai masalah kesihatan mental oleh American Psychiatric Association (APA) dan disenaraikan dalam buku panduan ‘Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders’ (DSM) sejak tahun 1968.

Dianggarkan kecelaruan personaliti narsisisme mengancam satu peratus daripada populasi umum dan dalam konteks Malaysia, lebih 300,000 warga tempatan daripada pelbagai latar belakang kehidupan dianggarkan berpotensi untuk mengalami kecelaruan mental ini tanpa disedari, dan ia terus meningkat kebelakangan ini.

Oleh kerana gejala narsisisme merupakan isu kecelaruan personaliti individu dalam komuniti, ia hanya boleh dikenal pasti melalui simptom atau tanda-tanda yang bersifat behavioural yang menunjukkan bahawa seseorang individu mula terganggu dengan kewujudan pelbagai tingkah laku, tabiat, atau kelakuan yang pelik dalam kehidupan seharian.

Antaranya adalah perasaan cemburu melampau terhadap orang lain dan dalam masa yang sama percaya orang lain amat cemburukan dirinya, bertingkah laku sombong atau ego yang keterlaluan sehingga memandang rendah terhadap orang lain, tidak boleh mengendalikan kritikan terhadap dirinya dengan rasional serta mengharapkan sentiasa diiktiraf dan dihargai walaupun tanpa keupayaan atau bakat yang memadai.

Selain itu, individu yang mengalami kecelaruan ini juga sering berhadapan dengan kesukaran untuk mengakui kesilapan diri sendiri, di samping bermasalah untuk meminta maaf atau menerima permohonan maaf daripada orang lain.

Kecelaruan personaliti ini juga tidak dapat dikenal pasti secara tuntas tentang puncanya yang kompleks. Namun, majoriti pakar bersependapat bahawa ia berkemungkinan dicetuskan oleh faktor-faktor persekitaran, genetik, dan neurobiologi.

Gaya didikan

Dalam hal ini, andaian bahawa kombinasi gaya didikan ibu bapa (ibu bapa yang menyokong atau mengkritik anak-anak secara berlebih-lebihan semasa kecil), ciri yang diwarisi, serta hubung kait antara kapasiti otak dan gaya berfikir/bertingkah laku merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental ini dalam masyarakat.

Selain itu, perubahan gaya hidup yang drastik dalam konteks sosioekonomi dan kemasyarakatan juga berpotensi menyumbang kepada peningkatan kelompok individu narsisistik dalam komuniti.

Satu-satunya bentuk rawatan yang disaran untuk membantu individu yang berhadapan dengan masalah kecelaruan mental luar sedar ini adalah terapi bercakap atau perkhidmatan kaunseling secara terancang. - Bernama


Petikan dari https://premium.sinarharian.com.my/

Narsisisme dalam keluarga

DEFINISI narsisisme sebagai keadaan terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri terdapat sebagai entri Kamus Dewan Perdana (KDP), kamus bahasa Melayu terbesar di dunia penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2020.

Istilah narsisisme (yang sering dieja dengan salah di Malaysia sebagai narsisme) berasal daripada istilah narkissos (narcissus) dalam mitologi Yunani kurun pertama Masihi. Dalam bahasa Arab ia berbunyi annarjisiyyatu atau ringkasnya, narjisiyyah.

Narsisisme mempunyai hubungan yang rapat dengan sifat egoistik dan egosentrisisme yang berbunyi anāniyyah atau anāniy dalam bahasa Arab. Orang yang egosentrik terlalu mementingkan kemahuan ‘aku’ (anā dalam bahasa Arab). Ia memikirkan diri sendiri sahaja dan tidak menghiraukan perasaan atau keperluan orang lain (KDP, 2020).

Seperti peribadi egosentrik, peribadi narsisistik mahu segala yang berlaku di dunia ini berpusat kepada dirinya. Lebih teruk, peribadi narsisistik mengasihi dirinya (hubbunafsi dalam bahasa Arab) atau self-love dan memuja diri sendiri atau self-adoration hingga ke tahap berpatologi yakni berpenyakit.

DSM-5 (The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition, American Psychiatric Association, 2013) dan ICD-11 (The International Classification of Diseases, Eleventh Edition, World Health Organisation, 2019) perlu dirujuk.

Terdapat dalam kedua-dua buku itu, lima jenis perasaan utama bagi peribadi narsisistik yang merasai dirinya:

1. Amat besar dan penting.

2. Mempunyai sukses, kuasa dan kecantikan.

3. Berstatus unik dan mulia.

4. Layak dihormati dan dikagumi.

5. Kurang empati.

Dalam keluarga, jika suami atau isteri mempunyai ciri narsisisme yang berpatologi, hubungan antara mereka akan menjadi sukar.

Jika suami isteri mempunyai ciri narsisisme, penceraian mudah berlaku. Jika suami yang berpoligami (ramai isteri) mempunyai ciri-ciri lelaki yang normal, sementara seorang isterinya normal dan seorang isteri lagi narsisistik, maka akan sukarlah hubungan antara ketiga-tiga mereka.

Jika suami seorang narsisistik dan kedua-dua isterinya adalah wanita yang normal, ini pun mudah menimbulkan banyak masalah. Sudah tentu yang menjadi mangsa adalah anak-anak mereka.

Makalah yang bertajuk Narcissism in Political Participation (Personality and Social Psychology Bulletin, 2020) adalah menarik. Penulisnya, Zoltán Fazekas, Profesor Madya Bisnes dan Politik, Copenhagen Business School dan Peter K Hatemi, profesor ulung sains politik, Penn State University, menulis seperti berikut.

Dalam satu siri kajian di Amerika Syarikat dan Denmark, para penyelidik mendapati bahawa orang yang mempunyai aras narsisisme yang tinggi lebih ketara dalam penglibatan siasah.

Jika mereka yang lebih berminat untuk keuntungan dan status peribadi lebih ramai yang terlibat dalam siasah, maka ramailah nanti daripada golongan narsisistik yang menjadi calon pilihan raya demokrasi.

Sangat membimbangkan jika ramai wakil rakyat datang daripada golongan yang narsisistik yang tidak menghiraukan kebajikan rakyat jelata.

Janganlah kita terperanjat jika trend ini juga sudah menular di negara membangun seperti Malaysia. Apabila penjenayah dan perasuah tegar dalam kalangan politikus serta aktivis masyarakat dijadikan wira, sebahagian masyarakat menyanjung peribadi narsisistik dan antisosial (cerita lain di lain kali).

Sebenarnya, sifat narsisistik tidak berpatologi yang wujud secara amat minimum boleh menjaga kebajikan serta menjana kejayaan diri, selagi ia dapat dikawal dan tidak merosakkan diri atau masyarakat.

Sifat rahmah yang boleh dipelajari dapat mengurangkan kesan sifat narsisistik. Di situlah nanti akan terbit rahmah sebagai cahaya harapan pada era narsisistik. Rahmah ini berupaya mengatasi narsisisme yang wujud dalam masyarakat.

* Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom ialah Profesor Psikiatri dan aktivis masyarakat






Ulasan