Amalan Tidur Sihat
Pengenalan
Setiap kehidupan khususnya manusia memerlukan waktu rahat iaitu tidur. Waktu tidur dan waktu bangun (sedar) manusia sebenarnya dikawal oleh satu kitaran tidur-bangun di dalam otak (Circadium Rhytjm) (Kalat 2007). Kualiti tidur yang baik akan membantu meningkatkan produktiviti manusia pada keesokan harinya. Namun, terdapat individu yang mengalami masalah tidur khususnya insomnia akibat daripada amalan tidur yang tidak sihat.
Fungsi Tidur
- Merehatkan otot
- Membina semula protein
- Mengurangkan kadar metabolisma
- Mengatur semula sinaps
- Menguatkan ingatan
- Hibernasi (Kong et al.2002, Sejnowski & Destexhe 200, Kalat 2007)
Kitaran Tidur
- Kitaran tidur dan bangun manusia dekenali sebagai endogenous circadian rhythm.
- Ritma (rhythm) ini dihasilkan oleh Suprachiasmatic Nucleus (SCN) yang terletak di hypothalamus di dalam otak. SCN juga dikenali sebagai jam biologi badan.
- SCN juga bertindak mengawal aktiviti pineal gland, iaitu kalenjar yang menghasilkan melatonin. Melatonin berfungsi untuk meningkatkan rasa mengantuk.
![]() |
| Kedudukan Suprachiasmatic Nucleus (SCN) |
Empat elemen Penting Untuk Mencetuskan Tidur
Cahaya
- SCN memproses maklumat tentang purata cahaya yang diterima oleh melanospin.
- Maklumat ini digunakan oleh SCN untuk mengetahui waktu sebenar persekiratan (siang atau malam).
- Apabila purata cahaya yang diterima berkurang (menujukkan persekitaran berada pada waktu malam), SCN akan menghantar isyarat ke pineal gland untuk hasilkan melatonin. (Kalat 2007)
Melatonin
- Pineal gland menghasilkan hormon melatonin yang berfungsi untuk meningkatkan rasa mengantuk.
- Penghasilan melatonin akan meningkat pada waktu malam khususnya 2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur seseorang. (Kalat 2007)
Adenosine
- Kepekatan adenosine beransur meningkat dari siang hingga ke malam dan terkumpul di bahagian Reticular Activation System (RAS).
- RAS berfungsi untuk mengawal keadaan sedar (arousal).
- Jumlah adenosine akan berkurang menjelang ke waktu pagi seiring dengan jumlah masa tidur seseorang pada malam itu.
- Individu yang tidak tidur dengan cukup akn meninggalkan sebahagian adeosine ri RAS dan menyebabkan gejala sleep debt. (Kalat 2007)
Prostaglandins
- Prostaglandins dihasilkan oleh otak melalui sintesis lipocalin-type PGD terutama sekali di dalam leptomeninges, choroid plexus dan oligodendrocytes.
- Kemudian, prostaglandins akan beredar di dalam cecair cerebrospinal sebagai hormon tidur. Seperti juga adenosine, prostaglandins berkumpul sewaktu manusia berada dalam keadaan jaga (sedar). (Huang Urade & Hayaishi 2007).
Keadaan Tidur Dan Tahap Tidur Manusia
- Non Rapid Eye Movement Sleep (NREM) Merangkumi tidur tahap 1,2,3 dan 4.
- Rapid Eye Movement Sleep (REM) Gabungan tidur lena, tidur ringan dan ciri tidur berasingan lain.


Ulasan
Catat Ulasan