Pengangkutan Awam
ASSALAMUALAIKUM hai semua....
ini adalah laluan bas yang aku naik, signboard ni banyak dekat stesen bas.
Terima kasih sebab sudi singgah blog saya 😍
Saya tak pandai menulis dengan susunan ayat Yang cantik menarik macam Dalam novel, tapi saya Cuba tulis supaya saya faham Dan orang Yang baca pun faham ☺️
Waktu kerja berubah, situasi kerja berubah.
Sebelum ini saya pegi kerja Dan balik kerja, suami saya Yang jemput tapi bila dia sibuk kerana perubahan tempat kerja saya akur yang dia dah tak boleh nak jemput saya dari tempat kerja macam dulu.
Untuk meringankan beban kewangan Kami, saya putuskan untuk belajar Naik pengangkutan awam.
Pengangkutan Awam
Pengankutan awam ada macam-macam jenia seperti bas, Komuter, BRT (Bas Rapid Transit), LRT (light Rail Transit) dan banyak lagi.
Dari tempat kerja saya, saya Naik bas untuk ke KTM, komuter. Lepas turun Dari komuter saya ambik bas untuk ke Sunway pyramid.
Naik bas Dari tempat kerja ke stesen komuter, percuma saja. Perjalanan lebih kurang 15 minit. Dalam bas tak ramai orang, selesa sangat. Bas Akan berenti di stesen bas dan stesen komuter hanya terletak bersebelahan stesen bas saja.
![]() |
| Sign Board yang ada di setiap perhentian bas. |
Nak lagi mudah, Naik je mana yang lalu, bas akan berhenti kat stesen bas jugak tapi untuk kepastian tanya la pemandu bastu dulu kalau korang tak yakin. Alhamdulillah semua pemandu bas baik-baik.
santai je duduk dalam bas, tak ramai orang pun, budak2 sekolah pun tak ramai yang naik bas, warga EMAS orang tua2 pun tak de sangat.
Untuk Naik komuter Aku kena beli kad KomuterLink (nanti Aku update gambar). Cara nak beli kad Komuter ni senang je, pergi ke kaunter KTM cakap kat petugas kaunter untuk beli kad komuterlink, Bagi kad pengenalan dan bayar. Harga RM10 Kad KomuterLink ni boleh topup bila kredit dah habis (macam topup kredit telefon). Cara nak semak baki kad Komuter senang je, scan pada pintu di stesen komuter.
Aku Naik komuter Dari Stesen KTM Shah Alam ke Stesen KTM Setia Jaya harga RM2 je, murahkan.
Lapang je, kosong dalam komuter, aku naik koc wanita jadi memang tak crowded sangat la.
dari stesen KTM Shah Alam ke KTM Setia Jaya akan melalui 2 stesen, iaitu KTM Batu Tiga dan KTM Subang Jaya.
Aku suka duduk Di gerabak pompuan je.
kalau ada penumpang lelaki Yang tersalah duduk Di sini, pihak KTM Akan buat announcement, so dorang Akan gerak ke coach Yang sebelah. Orang tak ramai jadi tak de masalah pun.
Lepas Tu Aku kena ambik bus BRT (Bas Rapid Transit) pulak untuk ke Sunway pyramid. Naik bas ni kena Beli token Di mesin token sebelum Naik bas.
ni adalah paparan screen pada mesin token, jadi untuk Sunway pyramid tekan Sunway lagoon, harga RM2.20 sehala.
Sedia duit kecik siap2 supaya senang nak be;li token ni, RM10 mesin ni tak terima. Kalau ada masalah tak tahu tempat boleh rujuk petugas kaunter yang bertugas.
Untuk ke pasaraya Mydin USJ tekan South Quay USJ 1 harga RM 4.50 sehala.
Lepas turun bas terus ambik gambar, stesen BRT dekat tempat parking mydin je, sebelah Pasaraya mydin adalah Pasaraya Giant.
Token Tu kena scan dulu baru boleh Naik bas. Harga ikut tempat Yang Kita nak pegi Tu la.
Kepada yang suka travel kecik2 naik pengankutan awam ni, memang sesuai sangat la. Herga jimat naik kenderaan awam ni. Dulu kalau naik kenderaan awam ni mesti padat dan penuh dengan penumpang tapi sekarang dah tak macam dulu, naik pengankutan awam dah tak payah nak sesak2 macam dulu, Alhamdulillah sekarang dah banyak jenis pengankutan awam. Hidup ni kena banyak bertanya baru tak sesat jalan.
Aku ni tak pandai sangat ambik gambar cun2 lawa2, sekadar itu saja pengalaman aku yang dah lama tak naik pengangkutan awam. Rasa seronok pulak naik pengankutan awam, walaupun penah terlepas bas tapi jangan risau, waktu menunggu tak lama pun.

Ulasan
Catat Ulasan