Packing Order Dan print Waybil Cara saya
10/9/2022 sabtu
Sebelum Tu aku nak tunjuk bonus Dari Sahajidah Hai-O dah masuk.
Nak join untuk buat biz sampaian, duit tepi2 boleh mesej saya bawah, Komen Komen komen
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Semalam saya dapat 1 order Dari shopee. Order Kain batik.
Hari ni saya dapat lagi 1 order Dari Lazada. Tapi order benang Kait bukan Kain batik.
Saya buka saya punya lama web big seller, supaya senang saya nak order benang sebab saya ni cuma ambik produk dari kedai tersebut Dan jual di kedai Lazada saya.
Ni dashboard big seller saya.
Dari sini Kita boleh tengok berapa order masuk.
Klik pada New Order
Akan Naik paparan di atas. Senang Kita nak tengok order tersebut datang dari kedai yang mana.
Paparan atas sekali Tu yang Dalam kurungan (1) Tu, Yang itu adalah order Dari platform Shopee Dan Lazada.
Yang bawah dari tu adalah nama kedai Kita.
Bawah pada Nama kedai, itu adalah kaedah shipping, J&T Dan LEX. Penghantaran dari kedai shopee guna servis J&T Dan penghantaran Dari kedai Lazada guna servis LEX.
Sekarang Kita proses untuk shopee.
Untuk print airway bill saya print Dari shopee Saja. Insyaallah nanti saya Akan buat untuk print Dari big seller.
Buka lama Shopee macam biasa.
Klik pada myshop.
Akan keluar macam di bawah.
Klik pada order status, to ship.
Lepas klik pada arrange shipment
Akan keluar macam diatas.
Aku dah tekan arrange shipment sebelum screen shot, sebab Tu dia keluar macm Tu.
Kalau dah jadi macam kat atas Tu, klik pada view shipping details.
akan naik macam ni dan tekan Print Waybill.
dan Akan Naik macam Tu.
Aku buat guna Telefon je sebab kat rumah Aku xde internet, unify dlm proses perpindahan. Coverage internet tak kuat sangat.
Jadi aku tekan download dan simpan dalam Telefon Aku untuk aku print.
Printer Aku old school punya, tiada Bluetooth. Memang kena buat cara old school, guna kabel transfer gambar Dan print.
PACK ORDER
Sediakan parcel Yang sesuai untuk order Kita. Order Dari shopee iaitu Kain batik 2 helai.
Parcel
Kain batik
Airway bill
Free gift 🎁💕😍
masukkan airway bill Dalam pocket parcel Dan sellotape atas Tu supaya lebih Selamat.
*Mask Tu saya letak Dalam plastik kecik Yang sesuai supaya kemas Dan cantik.
Alhamdulillah dah siap, ready to pos.
Thank you for your purchase.
😍😘😍😍😍
Ulasan
Catat Ulasan