Aku Introvert

Assalamualaikum Salam sejahtera..

Saja nak coret di sini.
Sekadar luahan hati, perasaan yang bercampur baur..

Aku ada kedai di alam Maya, TikTok, shopee Dan Lazada. Aku suka kait atau crochet, jadi aku buat bunga tulip kait Dan bunga rose kait. Aku jual Dua jenis bunga ni sahaja. Aku Introvert, pembeli akan beli melalui kedai alam Maya aku Dan aku akan pos ikut jenis bunga Dan jumlah yang mereka order. Aku Introvert, aku tidak suka chat/sembang/ mesej di ruangan chat yang disediakan oleh kedai alam Maya aku. Aku Introvert, tiap Kali ada mesej/pesanan yang Masuk aku Cuba untuk elak Dari membaca pesanan mesej tersebut sebab aku tidak berapa faham sangat dalam Dunia urus niaga cara negotiate ni. Aki Introvert, bila tiba Hari istimewa tertentu seperti Hari guru, Hari graduation, akan ada banyak chat/mesej Dari bakal-bakal pelanggan aku. Aku Introvert, aku Cuba sehabis Daya aku untuk berkomunikasi tanpa suara tersebut secara teratur Dan tulisan aku tidak menyinggung perasaan bakal pelanggan aku. Aku Introvert, walaupun ada yang Cuba pujuk aku untuk buat bouquet bunga simple/mudah. Bukan kepakaran aku untuk buat gubahan tersebut, walaupun aku tahu crochet/kait ni tapi tangan Dan jari jemari aku tidak dikurniakan seni untuk gubahan. Maafkan aku wahai bakal pelanggan aku. Walaupun mereka sanggup bayar harga yang sepasan dengan gubahan, namun aku tak mampu untuk puaskan hati bakal pelanggan aku. Aku Introvert, bila keadaan itu berlaku, semangat aku akan sedikit down, luntur untuk terus promosi produk aku dia media sosial seperti TikTok, Facebook, Dan Instagram. Aku sekadar bersyukur dengan rezeki yang telah dituliskan untuk aku. Suami banyak bagi semangat supaya aku lebih berjaya dalam apa yang aku minat asalkan tidak membazir (hidup ini keras beb).
Suatu Hari sebelum Hari guru, bakal pelanggan aku ada mesej di bahagian chat "ready stok ke", aku membalas "ya". Aku faham maksud 'ready stok' tu tapi aku tidak menjangka jumlah kuntum bunga yang di minta tu. Aku serba Salah, seharian aku berasa sedih tanpa sebab yang munasabah sehingga menjejaskan kerja hakiki aku. Aku hanya memghilang begitu saja disebalik chat yang banyak itu. Satu chat yang aku terima Dan aku setuju dengan permintaannya, tapi masa ajak suntuk. Aku Cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik demi keceriaan pelanggan aku, tapi pelanggan aku minta untuk ' self pickup'. Aku Introvert, orang macam aku kalau boleh tidak mahu bertemu atau bersemuka dengan mana- Mana orang apatah lagi bukan kenalan atau sedara- mara. Aku setuju kerana nampak kesungguhan pelanggan aku ni untuk membeli hasil tangan aku. Aku Introvert, sejak persetujuan dicapai, aku hilang selera makan sekejap, aku Cuba siapkan kerja aku mengikut tempahan yang dia minta. Rasa gemuruh, nervous tu amat terasa, betul la kata pepatah 'butterfly in stomach', huhuhu. Detik makin sampai, makin kuat pulak rama-rama tu berkepak 😆. Setelah selesai urusan, rasa kebuluran aku datang balik. Sang suami telah menyediakan makanan untuk santapan si isteri, maka si isteri makan dengan sopan Dan bersyukur semua berjalan lancar.
Aku Introvert, dalam hati ini hanya Kali ini saja aku buat macam, aku harap la, selepas ini harapan aku tiada lagi self pickup, mohon kepada semua bakal-bakal pelanggan, rancangan lah plan anda sebaik mungkin.

Semoga berbahagia..
Terima kasih sebab membaca..
Lama ku pendam, luah kat sini je la

Ulasan