Phone Case

Hai uollss....

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita menghirup udara yang nyaman dan segar pada hari ini. Fenomena yang tidak menentu kini membuatkan kita rasa tak senang duduk jika asyik memikirkan perubahan-perubahan global yang sering berlaku, lumrah alam yang sukar diramal biarkan ia berlalu kita sebagai insan harus berusaha ke arah yang lebih baik dan diredhai olehNya.

Hidup seharian mesti diteruskan, walaupun bermacam dugaan mendatang, rohani dan jasmani kita perlu diutamakan juga. Begitu juga dengan sumber pendapatan yang kita perolehi mestilah datang dari sumber yang halal agar kita dapat melalukan apa yang disuruhNya dengan hati yang tenang dan redha.

Panjang mukadimah, seronok pula kalau dapat buat karangan panjang-panjang ni, dah lama ditinggalkan sejak bergelar bekas pelajar.
Projek saya terkini iaitu Phone Case, seronok dapat buat apa yang kita suka. keseronokan ni dapat melupakan kita dari masalah-masalah kecik yang sering kita hadapidalam kehidupan seharian, kita ni bukan la orang berada yang boleh pegi bercuti sana-sini untuk mencari ketenangan. sekadar beli benang rm2 untuk mengait mampu la. hasil kait mengait terjadinya bekas telefon ni.

besar skit paten ni, customer request














Ulasan