Sarung Bantal Kait/Perca Kain
salam semua
kali ni saya nak buat tutorial cara-cara nak edit bantal lama jadi canti.
Bantal biasa yang kita beli dipasaraya, kalau lama2 mesti dia jadi lembik sebab fiber dia dah jadi nipis. Nak tido pun dah tak selesa kan, jangan dibuang.. buat jadi bantal kecik yang comei..
nampak buruk kan, so jemur dulu bantal tersebut supaya habuk kuman suma keluar..
Goncang bantal tersebut supaya semua fiber kat dalam tu turun bawah dan lipat bantal tersebut jadi macam kat atas. Lipat 2.
Jahit jelujur macam kat atas tu, tak cantik pun xpe, bukan orang nampak pun, cuma nak lekat kan bantal tu je, tak payah nak gunting buang bahagian yang dah tak de fiber. jahit semua bahagian yangterbuka.
kemudian buatkan sarung untuk bantal tersebut. sarung tu jahit mati pun takpe. Tapi kalau nak tukar2 sarung pun tak pe tak payah la jahit mati sarung tu. Tujuan jahit mati sarung bantal tersebut untuk tutup bantal tadi yang tak cantik tu.
dah siap jahit sarung jadi la macam kat atas tu. Nampak kosongkan, nampak tak menarikkan. Untuk cantikkan lagi dan bagi nampak kemas sarung kan dengan sarung bantal yang cantik2. Atau buatkan sarung khas untuk bantal tersebut.
Ini adalah contoh sarung bantal yang saya buatkab khas untuk sarungkan bantal tadi supaya jadi cantik menarik dan tertarik.
disebabkan bantal tadi besar sikit jadi saya besarkan sarung kait tadisupaya fit dengan bantal tersebut.
ikut citarasa masing2 la nak cover dengan apa material sekali pun. Tapi inilah pilihan saya.
Ini adalah antara contoh sarung bantal yang saya buat sendiri. owesome kan, saya jahit tangan je.
Setakat itu sahaja tutorial yang simple dan ramai orang boleh buat. Bagi otai2 benda kecik macam ni mesti dah pro, saya budak baru belajar, ini jelah hasilnya, hasil yang tak seberapa tapi alhamdulillah dapat jugak saya buat.
Terima Kasih sebab sudi singgah tengok hasil saya, bole la kot noh paham sikit2..
Insyallah panjang umur jumpa lagi, dengan hasil2 yang tak seberapa saya buat.









Ulasan
Catat Ulasan