Ramadhan
Assalamualaikum.....
Salam Ramadhan semua.. alhamdulillah Allah izinkan kita berpuasa dalam keadaan cuaca yang tidak panas dan redup. Syukur nikmat berpuasa ini tidak kita nikmati setiap tahun. Berterima kasihlah kepada Allah kerana agar kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan diberkati.
Menjelang ramadhan kali ini pasti iklan baju menjelang syawal sudah berderet-deret teriklan di mana ruang sama ada laman maya atau pun nyata. Jualan murah sana sini, sempatkan warga kota dan desa meninjau cuci mata untuk memuaskan nafsu hati. Kesan ekonomoney zaman ini membuatkan peniaga dan pengusaha berlumba-lumba mengeluarkan produk dan fesyen terkini. Sehinggakan pengikut fesyen tidak dapat mengejar untuk menjadi trendy yang terawal.
(aku memang tidak pandai nak buat ayat/ susun ayat)
Aku baru berjinak-jinak dalam dunia jahitan, seronok rasa bila dapat beli mesin jahit sendiri. Pelan-pelan belajar gunting kain untuk buat baju. Kain pasang murah ke mahal ke, aku bedal je.. tanya profesional pun melalui fon je, apa boleh buat line telefon tak de, line tenet lagi la jauh nak sampai kat umah ni..
Baju melayu untuk anak-anak insyalah sedang belajar untuk buat. Memang tak pernah buat sebelum ni, gatal tangan sangat dah tu yang sebab tergedik-gedik ukur kain, gunting kain nak buat baju melayu anak (baju je la). Kain dah lama beli cuma tak mula projek sebab tak tahu nak mula di mana. Lepas anak-anak tido ada la masa sikit untuk bergunting ni.
Semangat berkobar-kobar rempit buat baju, 5 hari berturut-turut aku gi opis pakai baju baru. Bangga rasa dapat jahit sendiri tak payah susah payah nak cari tukang jahit. Buat baju kurung pahang je la yang aku tahu.
Ulasan
Catat Ulasan