Sarung Kotak Tisu

Salam semua..

Jari jemari masih lagi teringin mencuba sesuatu yang baru.. Teringin nak mencabar diri untuk buat benda yang aku tak penah buat. Sarung tisu kura-kura (macam pelik je)..
Saja nak kelainan kebetulan ada kawan-kawan tempah pulak, puas pikir pening pusing macam mana nak jadi kan cengkerang kura-kura tu.. Selepas puas tilik dengan en.google, study sikit lebih kurang maka dapat la sikit ilmu untuk tambah pengetahuan.. Dengan ilmu berbekas di dada ni saya pun cuba la kait pattern sama dengan kotak tisu biasa cuma tambah la layer-layer sikit kat badan tu nak bagi nampak macam cengkerang..


Haii... ni la hasilnya, pattern sama ja dengan kotak tisu biasa cuma tambah kepala dengan kaki. Kotak tisu yang lagi satu ada la saya buat layer2, hitam putih nak bagi nampak macam cengkerang sikit2 tapi dah sampai ke tangan tuan punya tempahan, rasa macam ada snap gambar tapi entah la cari tak jumpa plak..

Insyalah kalau ada jodoh lagi dengan kura-kura ni, cik dah buat lagi ye..

Done horey horey...

Ulasan